RUJUKAN ISLAMIK-NAMA NAMA ALLAH

Nama-nama Allah dan huraian maknanya

1. Allah : sehabais-habis besar nama bagi Allah bagi menunjukkannya di atas zat yang maha tinggi martabat yang berhimpun bagi semua sifat-sifat ketuhanan

2. Ar Rahman : yang maha pemurah dengan apa yang di tutupkan daripada dosa-dosa dalam dunia

3. Ar Rohem : yang maha pengasih dengan barang apa yang ia ampuni dalam negeri akhirat daripada dosa-dosa

4. Al Maliku : yang amat mempunyai pemilikan dan kebesaran dan kesultanan

5. Al Qudusu : yg maha suci drpd semua kekurangan dan segala tanda2 baharu dan setengah drpdnya ialah masa dan tempat maka tiada menyertainya (drpd mengenainya) oleh masa dan tempat dan tiada meliputinya oleh tempat kerana ialah jua yang mengadakan bagi kedua-duanya itu maka bagaimanakah ia berhajat kepada kedua-duanya itu

6. As Salammu : yg amat sejahtera drpd semua kecerdaan dan keaifan dan kekurangan

7. Al Mukminu : yg amat membenari akan dirinya dan rasul2nya dan kitab2nya atau yg mengamankan hamba2nya drpd segala ketakutan

8. Al Muhaiminu : yg amat bersangatan penjagaan dan pemeliharaan atau yg amat mengetahui yg tidak terlindung dan tidak tersembunyi drpd ilmunya walau sekadar satu biji debu jua pun

9. Al Azizu : yg amat bersangatan kuat dan kekerasan

10. Al Jabbaru : yg mengerasi hamba2 di atas barang apa ia kehendaki

11.Al Mutakabbiru : yg maha tinggi martabat lg yg amat mempunyai kebesaran atau yg maha tinggi drpd mengenai segala sifat2 sekelian makhluk2

12. Al Qoliqu : yg mengadakan bagi segala barang sesuatu dengn khudratnya atas menurut ilmunya dengan kehendaknya atau yg menzahirkan (mengadakan) semua barang yg ada dgn khudratnya dan mentakdirkan tiap-tiap sesuatu dengan kadar yg tertentu dgn kehendaknya di atas menurut hukumannya

13. Al Bariu : yg mengadakan bagi segala tiap-tiap sesuatu di atas ketiadaan contoh misal yg lalu

14. Al Musauwiru : yg mengadakan bagi segala rupa2 makhluk dan memperelokkan dan menyusunkan baginya

15. Al Ghafaru : yg menurunkan dindingan tutupan di atas segala dosa2 hamba2nya dalam dunia dan memaafkan daripada ketiadaan ambil balasan siksa dalam negeri akhirat

16. Al Qoharu : yg mengalahkan bagi semua makhluk2 atau yg memecahkan belakang2 orang2 yg takbur sombong zolim maka ia mengerasi mereka itu dgn dimatikan dan dihinakan dan dibinasakan

17. Al Wahabu : yg amat banyak pemberian dan pengurniaan lagi yg amat banyak memberi nikmat dan limpah murah pengurniaan lagi yg amat besar pengurniaan taufik dan hidayah dengan tak payah dipinta2 dan tiada memutuskan pengurniaannya daripada hamba2nya samasekali

18. Al Rozaku : yg memerintahi mengadakan rezeki yg amat murah pengurniaanya dgn menyampaikannya kpd hamba2

19. Al Fatahu : yg amat menyanggupi diantara sekelian makhluk2 atau yg membukakan segala hazanah2 rahmat ke atas berbagai2 jenis makhluk

20. Al Alimu : yg mempunyai ilmu yg azali dan ia dgn tipa2 sesuatu amat mengetahui, ia mengetahui pada azali akan tiap2 sesuatu samada yg wajib atau yg harus atau yg mustahil atas jalan sehabis2 ketahuinya tidak ada apa2 pun yg tersembunyi drpd ilmunya

21. Al Qobidu : yg menyempitkan rezeki di atas barang siapa ia kehendaki

22. Al Basitu : yg meluaskan rezeki di atas barang siapa ia kehendaki

Insyaallah...huraian tambahan akan di masukkan kemudian..